Semasa

Sambutan Hari Raya Peringkat 4 Bgd Mek

PAHANG: Markas Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) menganjurkan Sambutan Hari Raya dan Jalinan Mesra yang di sempurnakan oleh Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu di Dewan Serbaguna RKAT Sungai Panching pada 20 Jul 2017.

Majlis dihadiri oleh semua warga 4 Bgd (Mek) bersama keluarga dan golongan anak-anak istimewa bagi berkongsi kegembiraan bersama-sama serta pada masa yang sama diadakan live video streaming bersama anggota yang sedang melaksanakan OP DARATAN di Sabah.

Acara diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada anak-anak istimewa dan pemberian duit raya kepada anak-anak warga 4 Bgd (Mek).

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, ADUN Pulau Manis, Dato’ Hj Khairuddin Mahmud, Panglima Wilayah Laut 1, Panglima PU Kuantan dan ketua-ketua jabatan dan agensi awam di negeri Pahang.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close