Bersama PemimpinSemasa

Rumah Terbuka Aidilfitri TD

KUALA LUMPUR:  Tentera Darat (TD) mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Tentera Darat 2017 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim  di Wisma Perwira TD pada 8 Jul 2017.

Terdahulu dari itu sebagai simbolik dan pembuka majlis,  PTD, TPTD, dan Panglima Medan Barat TD membakar meriam buatan yang dibuat khas bagi memeriahkan majlis seolah-olah dalam keadaan suasana kampung.

Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam meraikan hari kemenangan buat umat Islam di antara semua peringkat anggota disamping dapat beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Acara dimeriahkan lagi dengan pemberian duit raya kepada pelajar tahfiz dari Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) dan kanak-kanak yang hadir oleh PTD.

STAY ATM telah beroperasi sejak 1 Mac 2013 merupakan aspirasi ATM bagi membina dan memupuk anak yatim untuk menyayangi Islam melalui Al-Quran yang dahulunya dikendalikan oleh pengurusan TD dan dikenali sebagai Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim TD sebelum diberi nafas baharu bagi membuka penyertaan buat ketiga-tiga cabang perkhidmatan tersebut.

Selain itu ia juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial ATM dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan cendekiawan Islam selaras dengan konsep Al-falah dan mereka ini sentiasa diraikan setiap kali Aidilfitri.

Turut hadir Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al Haj dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close