Semasa

Perbarisan Pembukaan Perkhemahan Tahunan PKBM (Darat) Peringkat Kebangsaan Tahun 2017

KELANTAN: Seramai 450 Kadet Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dari 13 buah negeri terlibat dalam Perbarisan Pembukaan Perkhemahan Tahunan PKBM (Darat) Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 di Padang Kawad Batalion Ke 16 RAMD pada 23 Julai 2017.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Tuan Haji Abdullah Mat dan perbarisan diketuai oleh Sjn Kadet Muhammad Iqwan Farhan Zulkifli dari PKBM Kontinjen Kelantan.

Perkhemahan ini diadakan selama lapan hari bermula dari 22 hingga 29 Julai 2017 yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bertujuan untuk menerapkan nilai yakin pada diri, berani, tidak mudah patah semangat, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain termasuk mendisiplinkan diri setiap pelajar.

Antara aktiviti yang diadakan seperti Pertandingan Kawad Kaki, Menembak, Merentas Halangan, Pandu Arah, Malam Akrab dan Rekreasi sekitar Kelantan.

Turut hadir Ketua Staf Markas 8 Briged Lt Kol Mohd Razali Mat Isa, Pegawai Memerintah dan Pemerintah, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri serta anggota TD dari pelbagai kor.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”11733,11735,11736,11737,11734,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close