Semasa

Pemeriksaan Tadbir Tahunan PALAPES UPSI

PERAK: Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik selaku Panglima Latihan Tentera Darat (TD) telah melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan di PALAPES UPSI, Tanjung Malim pada 11 Jul 2017.

Ketibaan beliau disambut oleh Kawalan Kuarter dan seterusnya diiringi Ketua Jurulatih, Lt Kol Mohd Yusni Abu Bakar memeriksa anggota serta kelengkapan Full Service Marching Order (FSMO) jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada 4 orang pegawai dan 25 anggota Lain-Lain Pangkat.

Dalam pada itu, turut dilaksanakan Ujian Kecekapan dan Kemahiran Individu (UKKI) seperti Pengendalian Senjata, Baca Peta, Ilmu Medan Perang dan Perhubungan Radio serta Ujian Kecerdasan Am dan Jalan Laju sejauh 5 km kepada jurulatih-jurulatih.

Panglima Latihan juga turut melakukan pemeriksaan ke kawasan pejabat dan stor yang terdapat disekitar PALAPES UPSI sebelum diberi taklimat oleh Ketua Jurulatih berkenaan perkembangan semasa aspek pentadbiran, latihan dan logistik PALAPES UPSI.

Pemeriksaan diakhiri dengan jamuan dan menandatangani buku lawatan oleh Panglima Latihan TD.

[jaw_gallery gallery=”11451,11453,11452,11449,11450,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close