Semasa

PAT Terima Kunjungan Hormat Jenderal TNI

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima lawatan rasmi Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jen Gatot Nurmantyo sempena Sidang Ke-13 (HLC) Malindo bermula pada 17 hingga 21 Jul 2017 di Wisma Pertahanan pada 19 Jul 2017.

Setelah diberi penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan diiringi oleh Pancaragam Pusat RAMD, Jen Gatot Nurmantyo seterusnya melaksanakan kunjungan hormat kepada PAT, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Wira Mohd Johari Baharum.

Turut hadir dalam sambutan tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Badaruddin, dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Affandi Buang TUDM.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon dan Mohd Zubair Kassim

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close