Bersama PemimpinSemasa

MRTM Aidilfitri 2017 Satukan Rakyat

JOHOR: Seramai  30,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2017 bertemakan warisan seni dan budaya tradisi masyarakat Melayu Johor yang  dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Stadium Mini, Taman Sri Lambak, Sembrong pada 15 Jul 2017.

Ketibaan PM diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta disambut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

MRTM ini merupakan anjuran Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kerajaan Negeri Johor sekali gus menjadi acara jamuan untuk rakyat.

Terdahulu dari itu sebelum acara MRTM, turut diadakan Mini Karnival MINDEF dan ATM yang diadakan selama tiga hari yang melibatkan pelbagai aset ketenteraan ATM dipamerkan kepada umum serta pelbagai aktiviti meliputi demonstrasi masakan di medan, survival village, persembahan seni ketenteraan dan Program Jiwa Murni.

Majlis ini juga menjadi landasan untuk menonjolkan kekayaan budaya dan warisan seni masyarakat Melayu, terutamanya dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada pelancong asing dan masyarakat tempatan di samping menerapkan semangat kenegaraan dan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

Turut hadir  Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman.

 

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close