SemasaTrup TD

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Gawai dan Kaamatan Peringkat 10 Bgd (Para)

MELAKA: Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia (Para) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Gawai dan Kaamatan disambut serentak secara sederhana dan santai namun penuh bermakna diadakan bagi menzahirkan rasa penghargaan terhadap kepelbagaian latar belakang warga 10 Bgd (Para) di samping menjadi platform dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga serta masyarakat dan agensi-agensi setempat di Dewan Serbaguna Terendak pada 7 Jul 2017.

Lebih bermakna lagi apabila ucapan daripada anggota yang bertugas di luar kawasan turut ditayangkan secara langsung kepada keluarga dan seluruh warga yang hadir serta sumbangan duit raya kepada anak- anak anggota yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan isteri, Datin Norhanita A.Hamid serta agensi-agensi setempat.

[jaw_gallery gallery=”11357,11363,11360,11356,11362,11361,11359,11358,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close