Bersama PemimpinSemasa

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Seramai 13 pegawai kanan daripada pelbagai Kor dalam Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Wisma Transit pada 07 Jul 2017.

Pemakaian pangkat didahului oleh Brig Jen Dato’ Mohd Zahar Hashim yang dinaikkan pangkat daripada Brig Jen ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Task Force Perisian Wira, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Majlis diteruskan dengan dua  pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dahului oleh Kol Mohd Anuar Mohamad Ali yang menjawat jawatan sebagai Ketua Risik Balas BSPP dan Kol Khiruddin Sharuddin turut dipakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara.

Seterusnya seramai sembilan pegawai dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol dan seorang Pegawai Kadet dinaikan pangkat sebagai Lt Muda.

Dalam ucapan PTD, beliau berharap agar pegawai yang dinaikkan pangkat haruslah menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada anggota-anggota bawahan dan mempunyai sifat amanah terhadap tugas yang telah  dipertanggungjawabkan.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close