Semasa

Ketua Menteri Melaka Serah Bendera Kontijen PKBM (D) Negeri Melaka

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir Hj Idris Hj Harun menyerahkan bendera kepada wakil Kontinjen Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) (Darat) Negeri Melaka di Padang Kawad Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (10 Bgd Para) pada 21 Jul 2017.

Dalam ucapan Ketua Menteri, beliau berharap agar kontinjen PKBM Melaka yang mewakili negeri dapat membawa kemenangan dan mengharumkan nama negeri Melaka.

Seramai 18 Kadet Lelaki dan 18 Kadet Perempuan telah dipilih melalui latihan intensif untuk mewakili Kontinjen Negeri Melaka ke Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 22 hingga 28 Jul di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan, Pengetua-pengetua sekolah dan ibu bapa.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”11695,11697,11696,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close