Semasa

Eksesais Land THAMAL Erat Hubungan Dua Negara.

PERAK: Seramai 7 pegawai dan 202 Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ketiga Rejimen Sempadan (3 RS) dan 5th Inf Regt, Royal Thai Army (RTA) terlibat dalam Perbarisan Pembukaan Eksesais Land THAMAL Siri 23/2017 di Kem Pengkalan Hulu pada 26 Julai 2017.

Eksesais LAND THAMAL yang diadakan mulai 25 Jul hingga 4 Ogos 2017 ini merupakan usahasama di antara Tentera Darat Malaysia dan Royal Thai Army (RTA) dalam melatih dan meningkatkan pengetahuan serta berkongsi kebolehan taktikal melalui pertukaran idea dan pengalaman selain mengeratkan hubungan kerja melalui semangat kerjasama, persefahaman idea dan komunikasi interaktif dalam situasi yang harmoni.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin, Commander of 5th Infantry Division RTA, Mej Gen Sittiporn Muksik Kasin, Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghanidan Col Woradet Detrugsa, Commander of 5th Infantry Regiment RTA.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”11753,11746,11747,11748,11749,11750,11751,11752,11754,11755,11756,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close