Semasa

31 Bgd Bantu Bersihkan Tapak Rumah Uma Badeng

SARAWAK: Seramai 1 Pegawai dan 11 anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (7 RS) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) di Uma Badeng, Sg Asap Belaga pada 5 Jul 2017.

Kumpulan pembersihan dari 7 RS yang diketuai oleh Mej Zuhan Mohamad memberi bantuan pembersihan tapak rumah Uma Badeng yang hangus pada 20 Jun yang lalu dan aktiviti pembersihan dijangka akan berterusan sehingga esok.

Penduduk kampung yang diwakili Ketua kampung, Encik Nyaban Kulleh amat menghargai bantuan pihak Tentera Darat dan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin dan Pegawai Memerintah 7 RS, Lt Kol Rokaib Ahmad yang sangat prihatin atas kejadian yang menimpa para penduduk rumah Uma Badeng.

Bantuan tersebut juga turut disertai Syarikat Solid Plantation yang memberi bantuan kenderaan jentera dalam aktiviti pembersihan.

[jaw_gallery gallery=”11313,11315,11316,11314,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close