Semasa

13 Bgd (ESSCOM) Serah Sumbangan Khemah Kepada Mangsa Kebakaran

SABAH: Timbalan Panglima Briged Ke-13 (ESSCOM) telah menyerahkan sumbangan sebanyak 50 unit khemah kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus @ Mohd Ali Hj Sipil bagi membantu penduduk Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau yang telah ditimpa bencana akibat daripada kebakaran pada 5 Jul 2017. Kejadian yang berlaku pada 1 Jul 2017 telah menyebabkan 261 rumah musnah melibatkan 1960 orang kehilangan tempat tinggal.

Selain bantuan khemah, Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) dan Batalion Kedua Puluh Enam Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) telah diaturgerak untuk memberi bantuan tukang masak bagi menyediakan sajian kepada kepada lebih kurang 600 mangsa.

Usaha ini memperlihatkan keperihatinan Tentera Darat dalam melaksanakan Humanitarian and Disaster Relief (HADR) bersama agensi-agensi awam yang lain selaras dengan aspirasi kerajaan menerusi pendekatan NBOS.

[jaw_gallery gallery=”11333,11335,11329,11330,11336,11332,11334,11337,11338,11339,11328,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close