Semasa

10 Bgd PARA Anjur EKS Ubique Claw

MELAKA: Seramai seorang pegawai dan 19 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia (Para) (Mk 10 Bgd Para) telah terlibat dalam Eks Ubique Claw di Kem Terendak, Melaka pada 21 Jul 2017

Latihan ini bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran setiap anggota dalam pengendalian peralatan ‘Jetfloat’ serta bot tempur ketika berada di laut. Selain itu, latihan ini juga dapat memahirkan lagi anggota berkenaan prosedur menyelamatkan anggota di laut terutamanya melibatkan keselamatan anggota semasa penerjunan payung terjun bebas dan statik.

Pasukan-pasukan yang terlibat adalah dari 10 Skn RAJD (Para) selaku pasukan penganjur dan penglibatan anggota Rintis Serang daripada pasukan 17 RAMD (Para), 9 RAMD (Para) dan 8 RRD (Para).

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”11719,11720,11721,11722,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close