MINDEFMK TDSemasa

Warga Asnaf MINDEF Terima Sumbangan

KUALA LUMPUR:  Seramai 185 Asnaf terdiri dari ibu-ibu tungal dan mualaf menerima sumbangan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Bantuan ASNAF Parlimen Setiawangsa yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato’ Ahmad Fauzi Hj Zahari di Surau Al-Firdaus Desa Tun Hussien Onn pada 12 Jun 2017.

Ketibaan beliau di perkarangan surau disambut oleh Asisiten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor lalu terus berjumpa dengan warga Asnaf dan menyampaikan sumbangan serta berbuka puasa bersama.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato’ Ahmad Fauzi Hj Zahari berkata, pemberian sumbangan itu terbahagi kepada enam tempat dan ia merupakan acara tahunan sepanjang beliau menjadi ahli parlimen kawasan tersebut dan pemberian ini bertujuan meringankan beban untuk persiapan menyambut Syawal.

“Ini adalah salah satu daripada enam tempat yang kita berikan bantuan kepada asnaf sepanjang bulan Ramadhan di Parlimen Setiawangsa.

“Hari ini kita beri kepada seramai 185 orang di Surau Al-Firdaus DTHO, tetapi kepada seluruh Parlimen Setiawangsa ini kita beri kepada 1,600 orang.

Tempat-tempat yang kita akan beri adalah seperti di Masjid At-Taqwa di PPR Ayer Panas, Surau Nurul Huda di PPR Sg. Bonus, Surau Ar-Firdaus Desa Tun Hussein, Masjid Muadz Bin Jabal dan Surau Al-Ansar Taman Sri Rampai,” katanya.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Dato’ Seri Hj Abdul Halim Abdul Samad, pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat Markas Tentera Darat Cawangan Perisikan.

 

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker