Semasa

Warga 31 Bgd Sambut Aidilfitri

SARAWAK: Seramai 300 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bersama ahli keluarga dari Markas Briged ke 31 Infantri Malaysia (MK 31 Bgd) dan pasukan dibawah naungan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sibu pada 25 Jun 2017.

Acara dimulakan dengan Takbir Raya, Solat Sunat Aidilfitri dan Khutbah Hari Raya di Surau Al Ehsan Kem PLKN Junaco Park dan diteruskan dengan jamuan Hari Raya di Dewan Makan Kem Junaco Park. Warga briged cekal waja turut menerima kunjungan daripada pengusaha Kem PLKN Junaco Park, En Khiu Siong Hii.

Ketua Staf MK 31 Bgd, Lt Kol Mohd Zaini Hashim menyampaikan ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua hadirin mewakili Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin serta pemberian duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.

Turut hadir Pegawai Memerintah 6 Rejimen Sempadan, Lt Kol Werar Suleiman Hj Ali, Pegawai Memerintah 9 Rejimen Sempadan, Lt Kol Zaidi Ahmad dan Pengusaha Kem PLKN Junaco Park, Khiu Siong Hii.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close