SemasaTrup TD

Sambutan Raya Aidilfitri BSS 10 Bgd Para

MELAKA: Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama Batalion Siap Siaga TD dan keluarga di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para) pada 25 Jun 2017.

Dalam ucapan Panglima 10 Briged Para, beliau mengingatkan pegawai dan anggota supaya sentiasa bersyukur dan komited dalam pelaksanaan tugas yang diamanahkan bagi mengekalkan imej 10 Bgd Para serta menjaga penampilan dengan baik sepanjang bertugas.

Turut hadir Ketua Staf Am 10 Bgd Para, Lt Kol Samad Igom, Pegawai Memerintah 17 RAMD Para serta isteri Allahyarhan Brig Jen Datuk Jalal mantan Panglima 10 Bgd (Para).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close