3 DivBersama PemimpinSemasaTrup TD

PTD Berbuka Bersama Warga 3 Div, 10 Bgd (Para)

MELAKA: Seramai 1000 warga 3 Div dan 10 Bgd (Para) hadir di dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim di Masjid As Syuhadah, Kem Terendak pada 9 Jun 2016. Majlis ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama anggota tentera.

Pada majlis ini, PTD telah menyampaikan sumbangan Zakat Angkatan Tentera Malaysia kepada masjid dan surau di bawah naungan 3 Div dan 10 Briged Para. Dikesempatan ini juga PTD telah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf (saudara baru). Dalam ucapan ringkas beliau, PTD mengingatkan untuk meningkatkan tahap keselamatan di semua Kem pada musim raya. Beliau turut memaklumkan TD dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dalam usaha meningkatkan kebajikan anggota seperti pembinaan rumah keluarga dan jangka masa perkhidmatan LLP sehingga 26 tahun bagi melayakkan anggota mendapat pencen 60%.

Turut hadir, Panglima Medan Barat, Panglima 3 Div, Panglima 10 Bgd (Para) serta Panglima-Panglima Formasi di bawah naugan 3 Div

Gambar: MK 3 Div

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close