Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Perutusan PAT Sempena Aidilfitri 2017

KUALA LUMPUR: Warga Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) yang bekerja di Kementerian Pertahanan hadir dalam Majlis Perjumpaan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bersama warga MK ATM sempena Perutusan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Khalid Al-Walid pada 7 Jun 2017.

Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan menasihatkan semua warga MK ATM yang akan pulang ke kampung halaman agar berhati-hati di jalan raya serta merancang perjalanan dengan baik dan tidak dipengaruhi dengan emosi negatif agar selamat pergi dan selamat pulang.Dalam perutusannya, beliau turut berpesan kepada seluruh warga MK ATM agar mengambil peluang dan kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman berjumpa serta meraikan sambutan perayaan Aidilfitri dengan ibubapa serta sanak saudara bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin.”Pulanglah dengan berhati-hati nanti dan memandu secara berhemah di jalan raya agar selamat sampai ke kampung halaman kerana setiap warga ATM merupakan aset penting pada negara,” kata PAT.

Disamping itu PAT turut mengagihkan bubur lambuk kepada hadirin yang hadir.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Brig Jen Dato’ Hj Nawawi Hj Daud dan pegawai kanan ATM.

Gambar: Saifun Hakimi

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close