Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Perjumpaan PAT Bersama Warga ATM

KUALA LUMPUR: Warga Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) yang terdiri daripada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir dalam Majlis Perjumpaan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bersama warga MK ATM sempena Hari Raya Aidilfitri di Auditorium Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 16 Jun 2017.

Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan menyampaikan cenderahati kepada warga ATM dan menasihatkan kepada kesemua warga ATM untuk sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan serta sentiasa memandu dengan berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman.

“Saya mahukan tahun ini jumlah kemalangan adalah sifar dan tidak mahu melihat ahli keluarga berada dalam kesedihan justeru itu berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya supaya dapat sampai ke destinasi dengan selamat,” nasihat PAT.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, dan Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Dato’ Sri Hj Affandi Buang.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker