SemasaTrup TD

Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat 10 Bgd Para

MELAKA: Warga 10 Briged (Para) terlibat dalam Perbarisan Panglima 10 Briged (Para) dan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri di Padang Kawad Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja Para (8 RRD Para) pada 16 Jun 2017.

Pelancaran kempen keselamatan jalan raya ini dirasmikan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bertujuan memberi kesedaran kepada warga 10 Bgd Para tentang keselamatan jalan raya ketika pulang berhari raya nanti.

Turut hadir Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka, Datuk Hj Ghafar Hj Misdar yang turut menyampaikan ucapan mengenai keselamatan jalan raya kepada warga 10 Bgd Para.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close