Bersama PemimpinMK TDSemasa

PAT DAN PTD BERAYA BERSAMA ANGGOTA DI PERBATASAN

PERAK: Rindu beraya balik kampung anggota-anggota bertugas di kawasan operasi terubat apabila Panglima Angkatan Tentera (PAT), YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim turut bersama berkongsi kemeriahan Aidilfitri di Kem Sri Banding pada 25 Jun 2017.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sederhana tetapi meriah ini bertujuan mengeratkan serta mengekalkan hubungan silaturrahim dan untuk meraikan anggota yang sedang bertugas di Kawasan OP Kota Echo/Foxtrot dan Pagar lll Siri 3/17. PAT yang diiringi PTD turut menyampaikan sumbangan beg raya kepada anggota yang bertugas serta beramah mesra dengan seluruh warga 23 RAMD.

PTD juga mengambil peluang melawat dan beraya bersama-sama anggota yang bertugas di Marker November pada petang itu.

Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin, AKS OPLAT merangkap Pemangku Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Nazir bin Hj Mami, AKS Operasi Latihan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan, Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar, dan Panglima Briged Ke 2 Infanti Malaysia, Brig Jen Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaffar.

Gambar: PW II Mohd Sharil Mat Ali dan SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

[jaw_gallery gallery=”10954,10943,10974,10966,10946,10949,10961,10955,10939,10942,10960,10947,10944,10976,10959,10940,10941,10968,10972,10952,10969,10973,10951,10964,10970,10953,10967,10938,10965,10971,10977,10980,10978,10963,10948,10945,10950,10962,10958,10957,10979,10956,10975,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close