Semasa

Panglima AT 450 Sambut Raya Bersama Pasukan TD Sekitar Tawau

SABAH: Pasukan 7 RAMD, 26 RAMD, Rejimen 516 AW, Komp A 19 RAMD (Mek) dan Pl Senjata Berat 9 RRD diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh Panglima AT 450, Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat di Dewan Terbuka Rejimen 516 AW pada 25 Jun 2017.

Majlis yang dihoskan oleh pasukan 2 RS bertujuan memeriahkan suasana sambutan hari raya selain mengeratkan silaturahim bersama mereka yang tidak pulang ke kampung kerana bertugas serta menyampaikan beg hari raya untuk anggota Op KHAS.

Dalam ucapan Panglima AT 450, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir dan sanggup melupakan kemeriahan beraya di kampung halaman demi pengorbanan terhadap tugas yang telah diamanahkan.

Beliau juga mengingatkan pasukan Op KHAS yang berada di Tawau supaya terus komited dalam melaksanakan tugas operasi walaupun terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga.

Turut hadir Panglima 5 Bgd, Brig Jen Dato’ Pahlawan Mohd Anuar Rijaludin.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close