Panglima 9 Bgd Buka Puasa Bersama Warganya

SARAWAK: Seramai 59 pegawai dan 371 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa di Perkarangan Masjid Al – Hidayah, Batu 14, Sibu pada 14 Jun 2017.

Dalam ucapan Panglima 9 Bgd, beliau juga menjemput semua anggota 9 Bgd datang ke rumah beliau sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Di samping itu, beliau berpesan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan hari raya ini agar meningkatkan lagi keselamatan kem dan Balai Pengawal supaya tidak ada berlakunya kes pencemaran keselamatan.

Beliau juga berpesan kepada semua anggota 9 bgd agar berhati-hati ketika perjalanan balik ke kampung semasa cuti perayaan ini.

Turut hadir Ketua Staf MK 9 Bgd, semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah dibawah naungan 9 Bgd.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close