Semasa

Majlis Sambutan Hari Raya AIDILFITRI KTJ OP 6 Bgd

KEDAH: Panglima 6 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pegawai dan anggota daripada Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) yang kini bertugas menjaga keselamatan sempadan negara di Op Kota B/C/D dan Op Pagar II pada 25 Jun 2017.

Majlis ini diadakan bagi meraikan anggota yang sedang bertugas dan mengagihkan sumbangan raya kepada Pegawai Memerintah 5 RRD dan Ketua Penempatan Sasaran Penting 6 Bgd selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anggota serta meningkatkan lagi semangat dan moral anggota sewaktu bertugas di musim perayaan ini.

Ketibaan Panglima 6 Bgd di Markas Taktikal Gubir disambut oleh Pegawai Memerintah 5 RRD, Lt Kol Azman A.Rahman lalu terus Solat Sunat Aidilfitri dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan raya.

Dalam ucapan Panglima 6 Bgd, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang menjalankan tugas serta mengingatkan anggota agar meningkatkan kawalan keselamatan sempadan sepanjang hari perayaan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close