Semasa

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat 6 Briged

KEDAH: Markas 6 Briged telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat 6 Briged di Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang dihadiri oleh pegawai dan anggota dibawah naungan Markas 6 Briged serta ahli BAKAT 6 Briged.

Tadarus Al-Quran telah dipimpin oleh Mejar Ustaz Ahmad Nasri bin Abd Rahman dan diiringi oleh warga Markas 6 Briged bersama Panglima 6 Briged, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad. Majlis yang berlangsung itu turut disempurnakan dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai dan anggota yang menjayakan majlis tersebut.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close