Semasa

Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Perak

PERAK: Pesara dan warga Kor Risik Diraja (KRD) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Zon Perak bersama Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor di 91 Grup Operasi Perisikan (91 GOP) pada 20 Jun 2017.

Majlis tahunan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan mengumpulkan semula pesara tentera dengan anggota KRD yang masih berkhidmat dan Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) serta mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan warga veteran KRD yang telah banyak menaburkan bakti khususnya dalam perisikan.

Dalam ucapan AKS, beliau amat terharu dengan keutuhan hubungan kesemua warga KRD dan beliau menegaskan kebajikan warga veteran hendaklah sentiasa diambil tahu bagi memastikan ia mereka sentiasa terbela. “Sesungguhnya KVRM ini adalah relevan dan saya berharap agar anggota KRD khususnya warga veteran supaya bersatu dalam mengekalkan semangat kekitaan sesama anggota dan kebajikan KVRM perlu sentiasa diambil berat oleh sesiapa yang akan menjawat jawatan AKS selepas ini, ” kata beliau.

Turut hadir, Pengarah Direktorat Bantuan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Brig Jen Ahmad Norihan Jalal,   Pengarah Direktorat Strategik, Kol Razali Alias, Pegawai Memerintah 91 GOP, Lt Kol Dzeidee Shaff Jamaluddin, pegawai-pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KRD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close