Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Tengah

KUALA LUMPUR: Pesara dan warga Kor Risik Diraja (KRD) Zon Tengah hadir dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Pengerusi KRD, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin dan isteri Datin Salmah Mohamed Saleh yang dianjurkan oleh Jabatan Arah KRD di Jalan Bellamy pada 15 Jun 2017.

Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan satu kelaziman tradisi rejimental bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan terutama dikalangan warga KRD dan juga Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) dan mengambil berat akan kebajikan warga veteran KRD dalam menghargai jasa bakti dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat dahulu, selain dapat bertukar pendapat serta meraikan kemeriahan sambutan bulan ramadhan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaluddin Ismail, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, pegawai-pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat KRD.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker