Semasa

Majlis Berbuka Puasa Bersama PMTTD

SARAWAK: Seramai 400 warga 9 Briged hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar serta isteri, Datin Noraihan Ibrahim di perkarangan Masjid Al – Hidayah, Kem Oya pada 21 Jun 2017.

Dalam ucapannya beliau berpesan kepada anggota yang bertugas agar meningkatkan tahap keselamatan dari semua aspek dan berharap warga 9 Briged yang pulang menyambut aidilfitri sentiasa berhati-hati semasa dalam perjalanan balik ke kampung serta mematuhi peraturan jalan raya.

PMTTD juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga 9 Briged kerana menjayakan perlaksanaan Mobile Outreach Programme dan Mobile Youth Transformation Vocational Programme oleh warga Tentera Darat kepada rakyat tempatan di Bumi Kenyalang.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada komitmen serta peranan anggota yang berada di kawasan operasi selain berasa bangga terhadap Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja yang terlibat dengan OP Daulat pada tahun 2013 kerana telah dicalon dengan penganugerahan ‘Battle Honour’ semasa perbarisan panji-panji yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Pada masa yang sama PMTTD juga telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Yayasan Renjer untuk anggota-anggota veteran yang tercedera semasa pertempuran semasa zaman komunis, warga balu serta para isteri dan anak yang mempunyai penyakit kronik.

Turut hadir Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa, Panglima 31 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Haji Fadzil Tajudin serta semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close