Semasa

Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Peringkat 8 Bgd

KELANTAN: Seramai 50 pegawai dan keluarga daripada Markas 8 Briged dan unit-unit di bawah naungan hadir dalam Majlis Berbuka Puasa bersama keluarga Peringkat 8 Briged di Wisma Perwira, Markas 8 Briged pada 21 Jun 2017.

Majlis yang berkonsepkan ‘potluck’ ini bermula dengan ketibaan Panglima 8 Briged, Brig Jen Nazari Abd Hadi, diikuti dengan acara berbuka puasa dan Solat Tarawikh.

Pada masa yang sama, Panglima 8 Briged turut menyampaikan sumbangan kepada 22 staf Wisma Perwira Markas 8 Briged.

Turut hadir memeriahkan Majlis, Ketua Staf Markas 8 Briged, Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah pasukan-pasukan bawah naungan 8 Briged.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close