Semasa

Majlis Berbuka Puasa 12 Bgd Bersama Warga Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

KUALA LUMPUR: Seramai 360 orang pelajar Darul Kifayah yang terdiri dari anak-anak yatim, golongan asnaf dan anak-anak yang ditinggalkan keluarga menyertai warga 12 Bgd di Majlis Berbuka Puasa 12 Briged di Dewan Kem Wardieburn pada 17 Jun 2017.

Majlis diadakan bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar tersebut sambil mengeratkan silaturahim antara warga tentera dengan masyarakat setempat.

Ketibaan pelajar-pelajar, tenaga pengajar dan staf dari Darul Kifayah tersebut disambut oleh Panglima 12 Briged, Brig Jen Dato’ Mohd Nazri bin Abidin serta isteri Datin Hasnah binti Harun serta warga 12 Briged. Majlis dimulakan dengan acara bergambar kenangan dan seterusnya jamuan berbuka puasa, solat sunat terawih, witir serta jamuan moreh.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid semasa jamuan moreh dan diakhiri dengan pemberian sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar Darul Kifayah oleh Panglima 12 Briged dan isteri.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close