Semasa

62 orang Anak Yatim Dari Pusat jagaan Titian Kasih Terima Sumbangan

KUALA LUMPUR: Seramai 62 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Titian Kasih menerima sumbangan dalam Majlis Iftar Surau Luqman Al Hakim yang disempurnakan ┬áPanglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato’ Ahmad Fauzi Hj Zahari pada 12 Jun 2017.

Majlis ini dilaksanakan bertujuan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai umat islam dalam membantu umat islam lain yang kurang bernasib baik selain secara dasarnya ATM sentiasa memelihara negara dan serta seluruh isinya tanpa mengira jurang perbezaan budaya, agama dan bangsa.

Turut hadir Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (MK AB),Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib Abdul Samad.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close