4 DivBersama PemimpinSemasa

4 Div Terima Sumbangan Ihya Ramadhan

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dibawah naungan Markas Tentera Darat (MK TD), Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) dan Markas Pemerintahan Logistik TD (MK PLTD) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Peringkat TD bersama Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Masjid Al-Fateh Wardieburn pada 16 Jun 2017.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan terutama dalam kalangan warga TD serta mengambil berat akan kebajikan warga TD dalam menghargai jasa bakti dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan tanahair tercinta, selain dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan anggota TD serta meraikan kemeriahan sambutan bulan ramadhan.

TPTD seterusnya menyampaikan sumbangan Ihya Ramadhan daripada Tabung Zakat ATM untuk masjid dan surau-surau pasukan di bawah naungan 4 Div kepada Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Zakaria Hj Yadi serta sumbangan kepada saudara baharu muslim, Pbt Jazli Biring dari 93 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja.

Turut hadir Panglima MK PLTD, Mej Jen Datuk Hanapiah Jaafar dan pegawai-pegawai kanan TD.

 

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker