BAKATMK Medan BaratSemasa

LAWATAN ULUNG PENGERUSI PPDK AL-MAWADDAH KEM PERDANA

KUALA LUMPUR: Datin Wira Rosnani bte Ab Ghani, Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Al-Mawaddah Kem Perdana Sg Besi membuat lawatan ulung ke PPDK pada 25 Mei 2017.  Lawatan Ulung Pengerusi ini bertujuan untuk melihat perkembangan aktiviti PPDK Al-Mawaddah, beramah mesra bersama ibu bapa dan pelatih-pelatih PPDK Al-Mawaddah.

Majlis diserikan dengan permainan belon air oleh pelatih-pelatih dan cabutan bertuah. Acara diteruskan dengan tahlil ringkas diketuai oleh Ustaz Sjn Nor Mohamad Hafifi Hafif bin Noor Azman, Pembantu Agama Kanan MK PMBTD dan diakhiri dengan jamuan ringan serta penyampaian hadiah kepada pelatih-pelatih PPDK Al-Mawaddah.

Turut hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis YBhg Datin Hjh Nor Hazan bte Yaacob, Datin Nik Suriah binti A.Ghani serta isteri-isteri pawai kanan MK Pemerintahan Medan Barat TD.

Gambar: LKpl Norirawati Binti Abdul Wahab

[jaw_gallery gallery=”10711,10712,10713,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close