HUTSemasa

8 Bgd Sambut HUT Ke-45

KOTA BHARU: Seramai 24 pegawai dan 320 anggota Lain-Lain Pangkat terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) yang ke-45 di Markas 8 Bgd pada 3 Mei 2017.

Perbarisan tersebut melibatkan sembilan detasmen yang terdiri daripada unit-unit naungan 8 bgd yang diketuai oleh Lt Kol Azahari Hj Ibrahim, Timbalan Komander Rej 506 AW, manakala Mej Sabri bin Ahmad dari 21 RAMD sebagai Ketua Penolong dan Ajutan Perbarisan adalah Kapt Mohd Hakimi Mat Zaki dari MK 8 Bgd. Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW I Hj Wan Hamat Wan Husin dari Rej 506 AW.

Pada masa yang sama, majlis pemakaian pangkat turut diadakan dimana Panglima 8 Bgd memakaikan kepada seorang pegawai dan 26 LLP.

Dalam ucapan Panglima, beliau berkehendakkan semua warga 8 bgd meningkatkan lagi komitmen terhadap tugas yang diamanahkan disamping menjunjung tinggi nilai-nilai murni dan kehormatan tentera bagi menguatkan keutuhan dan kelangsungan organisasi ketenteraan.

Turut hadir ialah Ketua Staf Markas 8 Bgd, Lt Kol Mohd Razali Mat Isa, Pegawai Memerintah/Pemerintah, Pegawai-Pegawai dan warga 8 Bgd.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close