HUT

Perbarisan Hari RAJD Ke-64

JOHOR: Seramai 16 pegawai dan 260 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terlibat dalam Perbarisan Hari RAJD Ke-64 disempurnakan oleh Ketua Jurutera, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad dengan tema Gagah Membina Setia Mendukung di Padang Kawad, Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) pada 22 Apr 2017.

Sambutan Hari RAJD pada kali ini menjadi lebih bermakna dan istimewa kerana ia adalah yang terakhir buat beliau selaku Ketua Jurutera merangkap Pengerusi Kor RAJD.

Perbarisan diketuai oleh Lt Kol Azman Abdullah dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) dan pada masa yang sama turut diadakan penyampaian Sijil Kepujian Ketua Jurutera kepada dua pegawai serta tujuh anggota LLP dan lima kakitangan awam.

Dalam ucapan Ketua Jurutera, beliau berkehendakkan warga RAJD sentiasa berusaha mengekalkan kesepaduan yang bertunjangkan ketaatsetiaan , kepatuhan ,semangat setiakawan atau espirit de corps dan Sistem Pemerintahan.

“Kesemua nilai-nilai ini jika dihayati dengan sedalam-dalamnya akan menghindarkan kita dari terjerumus ke dalam kegiatan yang tidak bermoral, sehingga boleh menjejaskan nama baik organisasi,” tegasnya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Abu Sufian Ahmad, veteran-veteran RAJD.

Gambar: Sjn Saiful Hakimi Zainon (Bersara)

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close