Bersama PemimpinSemasa

Gen Chalermchai Sitthisad Terima Beret Merun Kehormat

MELAKA:  Commander-In-Chief Royal Thai Army (C-in-C RTA)Gen Chalermchai Sitthisad dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd Para yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dalam  Majlis Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat kepada C-in-C RTA bertempat di Parawood 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) pada 5 Apr 2017.

Terdahulu dari itu, Gen Chalermchai Sitthisad dan deligasinya dipertonton dengan pertunjukan payung terjun bebas dari Tim Penerjun Bebas Kompeni PANDURA disusuli dengan demonstrasi Repelling/Abseiling/Fast Roping, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Renang Tempur, Tactical Combat Casualty Care (TCCC), serangan seksyen dan Human Wave.

Sebaik sahaja selesai acara penganugerahan, delegasi RTA dipersembahkan dengan Para War Dance atau Tarian Perang yang mana persembahan ini melambangkan keberanian dan kekuatan pahlawan dan hanya dipertontonkan kepada tetamu kehormat negara.

Objektif utama penganugerahan ini adalah sebagai simbolik pengukuhan hubungan erat antara Tentera Darat Malaysia dengan Royal Thai Army.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin,  Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

 

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Gambar-gambar di Galeri Foto[/box]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close