BAKATSemasa

Majlis Ramah Mesra BAKAT Darat

KUALA LUMPUR: Seramai 200 ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat terlibat dalam Majlis Ramah Mesra BAKAT Darat bersama Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Sri Zaleha Md Yusof bertempat di Dewan Setia Wira pada 28 Mac 2017.

Majlis ini diadakan buat Datin Sri Zaleha Md Yusof sempena dengan pengambilalihan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat pada 16 Dis lalu selain bertujuan untuk menyampaikan amanat dan hasrat beliau serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

Dalam ucapan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Exco BAKAT Darat dan Ahli Jawatankuasa di atas kesudian mengatur program BAKAT dengan jayanya.

“Saya juga ingin menggunakan slogan TD yang sama tetapi dipinda sedikit iaitu, Bakat Satu Kerana Bersatu bertujuan untuk mengukuhkan kesepaduan sedia ada dikalangan warga BAKAT Darat yang mana hendaklah mempunyai semangat setiakawan, bekerjasama, sentiasa bermotivasi tinggi dan berusaha melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas serta sentiasa mempertingkatkan kemampuan diri”, tegas beliau.

Turur hadir Timbalan Ketua Exco BAKAT Darat, Datin Hjh Noor Khiah Jalaluddin.

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close