Bersama PemimpinSemasa

MENHAN Jaga Kebajikan Tentera

NEGERI SEMBILAN: Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN) Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein memperjelaskan tentang hala tuju MINDEF, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Industri Pertahanan berada di landasan yang betul dan telah dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak sehingga tahun 2020 yang mana warga ATM, Veteran ATM, Warga MINDEF serta pihak industri merupakan satria dan nadi kepada negara, ujar MENHAN dalam Sidang Akhbar semasa Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri 181-2/2016 di PUSASDA pada 25 Feb 2017.

Majlis pada hari ini amat simbolik kerana Perajurit Muda (PM) sekarang terpaksa berdepan dengan kaedah-kaedah maklumat yang datangnya menular tanpa tapisan yang boleh sedikit sebanyak menghakis dan menjejaskan semangat patriotisme, disiplin dan juga menimbulkan emosi yang kalau sekiranya tidak bersandarkan kepada pertimbangan yang lebih tegar ia boleh mengancam dan menimpa negara.

“Saya berharap apabila mereka diberi tempat untuk memimpin negara serta anak cucu kita nanti, mereka mampu mempunyai ketahanan serta memahami bahawa akhirnya mereka merupakan benteng yang paling penting untuk kita pertahankan serta meletakkan sesuatu keyakinan dan semangat kebanggaan yang tidak boleh dijual dengan wang ringgit atau pertimbangan politik cetek yang boleh mewujudkan kepada perpecahan.

“Dalam agenda perumahan saya perhatikan sejak dari zaman kemerdekaan lagi, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) tidak diberikan fokus secara khusus dan saya harapkan kalau kita boleh melihat apa keperluan khususnya terhadap anggota TD dengan doktrin yang telus dan tidak ada benda yang kita perlu sembunyikan dengan jadual yang tertentu serta kontraktor yang berwibawa agar dapat membantu kita menyediakan perumahan yang selesa supaya mereka dapat menjalankan tugas,” tegasnya.

Selain itu MENHAN mengatakan agenda kebajikan untuk Veteran ATM sedang difikir dan akan diumum pada masa-masa yang sesuai dalam tahun ini kerana ianya telah lama diteliti dalam membela veteran yang tidak berpencen dengan berharap agar Perdana Menteri dapat membantu bagi menangani isu veteran tentera yang tidak berpencen.

 

 

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

One Comment

  1. Dato seri macam mana pula kenaikan gaji BAND 4 ke BAND 5 kor kesihatan diraja yg dahulunya tidak mempunyai Diploma perubatan yg akan bersara 9/3/2017.Adakah kami dapat merasa kenaikan gaji bagi anggota kkd.Kami pun sama seperti anggota infantri sentiasa masuk hutan keluar hutan dalam operasi berbulan bulan.untuk pengetahuan Dato seri dan panglima panglima ATM kami anggota perubatan bertanggungjawab menjaga kesihatan warga ATM khususnya Di dalam Tentera Darat kami mengaja 1 Batalion infantri dengan kekuatan anggota tumpangan seramai 2 ke 3 orang paradoks.saya berharap Dato seri dapat meluluskan kenaikan gaji kami kerana anggota infantri pun mempunyai kelulusan seperti kami. Mereka naik gaji tapi mengapa gaji kami tidak naik.mohon penjelasan Dato seri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close