Bersama PemimpinMK TDSemasa

Serah Menyerah Tongkat Kuasa PTD

KUALA LUMPUR: Seramai 27 pegawai dan 710 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat (TD) terlibat dalam Perbarisan Serah Menyerah Tongkat Kuasa Panglima Tentera Darat (PTD) di antara PTD Ke-25, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan PTD Ke-26, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dataran PTD pada 16 Dis 2016.

Upacara yang merupakan simbolik penyerahan kuasa pemerintahan TD disertai lapan kontinjen terdiri daripada formasi Pemerintahan Medan Barat TD, Pemerintahan Medan Timur TD, Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD, Pemerintahan Logistik TD, pasukan elit Trup TD dari Markas Briged Kesepuluh Infantri Malaysia Para, Markas 21 Grup Gerak Khas dan Skuadron Istiadat Berkuda yang diketuai oleh Timbalan Komander 503 AW, Lt Kol Samhasri Samah.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki  Mokhtar.

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close