Bersama PemimpinSemasa

Perbarisan Penghargaan Mantan Pengarah Semboyan MK PMB

KUALA LUMPUR: “Kejayaan dan kecemerlangan Rejimen Semboyan Diraja pada masa lampau telah membuahkan kesejahteraan untuk masa kini dan  kesungguhan kita dalam mencaturkan hala tuju RSD dari aspek meningkatkan keupayaan, memperkukuhkan jati diri dan semngat espirit de corp ini yang akan membuahkan hasil demi menghadapi cabaran mendatang,” kata mantan Pengarah Semboyan Markas Pemerintahan Medan Barat, Brig Jen Dato’  Zaharin Jamil semasa Perbarisan Penghargaan beliau di Padang Kawad ALK pada 30 Dis 2016.

Terdahulu dari itu, beliau menerima tabik hormat terakhir dari kontijen perbarisan yang terdiri dari  empat detasmen melibatkan 15 pegawai dan 257 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari RSD yang diketuai oleh Lt Kol  Mohd Azlizam Hj Uda bertujuan sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama 42 tahun  berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau turut mengucapkan  terima kasih dan terharu kepada Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut serta kepada TD di atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau semasa berada di dalam perkhidmatan.

Turut hadir Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan dan Pengarah Direktorat Peperangan Infomasi BSPP, Brig Jen Basri Kasban.

 

Gambar: Kapt Aminin Hafizhin Minhad

 

Profil  Brig Jen Dato’ Zaharin bin Jamil

Tarikh Lahir : 24 Mei 1957

Tempat Lahir : Puchong, Selangor

Nama Isteri : Datin Rosmawati bte Shafie

Bil Anak : 4 orang

Tarikh Tauliah : 16.12.1976

Tarikh Tamat Perkhidmatan : 3.1.2017

Pasukan Pertama : 8SSD (16.12.76-31.12.79) (Terup Radio)

Tahun Berkhidmat : 42 Tahun

Perjawatan Terakhir : Pengarah Semboyan MK PMBTD

 

 

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close