Semasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR:  Seramai 34 Pegawai Kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 15 Dis 2016.

Pemakaian pangkat di dahului oleh Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki yang dinaikkan pangkat dari Mej Jen ke Lt Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Eksekutif MiDAS.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Brig Jen ke Mej Jen dahului oleh Brig Jen Datuk Zolkopli Hashim yang dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan sebagai Panglima Pemerintah Operasi Khusus manakala Brig Jen (Dr) Borhan Jasmin turut di pakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Pergigian, MK ATM.

Manakala tiga  pegawai kanan dinaikan pangkat Kol ke Brig Jen, dua pegawai dinaikan pangkat Lt Kol ke Kol, 24 pegawai dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol serta seorang pegawai sukarela Askar Wataniah (AW) dinaikan pangkat Mej ke Lt kol dan seorang anggota Lain-Lain Pangkat AW dinaikan pangkat Kpl ke Lt.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Seri Zulkiple Hj Kassim, dan Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki  Mokhtar.

Gambar: Luqmanul Arif Abdul Karim

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close