Bersama PemimpinMINDEF

PAT Diraikan Dalam MMB

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bersama isteri Puan Sri Dato’ Hjh Umi Kalsom Wan Awang diraikan oleh pegawai-pegawai  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Majlis Makan Malam Beradat (MMB) sempena persaraan beliau di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 13 Dis 2016.

Majlis bertujuan untuk menghargai jasa beliau yang berkhidmat serta berbakti kepada ATM selama 44 tahun malahan ianya juga merupakan sebagai salah satu aktiviti rejimental terutamanya kepada pegawai kanan yang akan bersara.

PAT dalam ucapannya berharap agar barisan kepimpinan serta pelapis ATM dapat mengekalkan semangat kerjasama yang kukuh dalam melaksanakan tugas serta teruskan warrior etos atau semangat kepahlawanan demi mengekalkan mutu perkhidmatan.

“Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memimpin sebagaimana lafaz sumpah taat setia kita kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mana kepimpinan bukan sahaja keupayaan untuk mempengaruhi anggota bawahan semata-mata malahan ianya juga berperanan sebagai komponen yang mempamerkan kewibawaan ATM sebaris dengan angkatan tentera negara lain dan agensi-agensi kerajaan.

Sebelum MMB berakhir, PAT menerima sebuah buku berbentuk memoir bertajuk Demi Kecintaan dan Kehormatan Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin yang mengandungi pelbagai koleksi serta coretan sumbangan beliau sepanjang bertugas sebagai seorang pegawai tentera.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya dan Luqmanul Arif Abdul Karim

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close