Bersama PemimpinMINDEFMK TDSemasa

MMR Penghargaan Buat PTD Ke-25

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Sempena Penghargaan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-25 bertempat di Wisma Perwira TD (WPTD) pada 17 Dis 2016.

Majlis diadakan bertujuan untuk mengenang jasa serta meraikan peralihan kuasa pentadbiran TD yang telah dicurah beliau semasa memegang tampuk pemerintahan sebagai PTD Ke-25.

Dalam ucapan PAT, beliau menyatakan akan menggalas amanah serta tanggungjawab baharu sebagai PAT dengan penuh tekad dan iltizam serta tidak akan membiarkan tercemarnya kredibiliti serta kemegahan yang dicipta generasi terdahulu yang mana akan diwarisi kepada generasi akan datang.

“Saya amat berharap agar kesatuan yang dibentuk dari semangat kesetiaan dan profesionalisme yang tinggi telah terpahat sebati utuh dalam diri kita dan akan diperkukuhkan lagi dari masa ke semasa,” ujar PAT.

Sebelum beredar meninggalkan majlis, PAT menerima resit pengesahan pembayaran Bil Wisma daripada Yang Dipertua WPTD, Brig Jen Hj Redzuan Hj Omar sebagai simbolik pertukaran beliau selepas ini ke Wisma Perwira ATM.

Turut hadir, PTD Ke-26, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki  Mokhtar, Ketua Eksekutif MIDAS,  Lt Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki, Pengerusi Kor Risik Diraja, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin dan Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close