Semasa

PTD Lawat Warga MK 21 GGK

JOHOR:  Kumpulan Kawalan Kehormat Utama (KKU) terdiri dari dua pegawai dan 99 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Markas 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) diketuai oleh Mej Yus Mohd Asriman Mohamad Ridzuan memberikan tabik hormat kepada   Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohammed Noor sempena lawatan beliau ke MK 21 GGK bertempat di Padang Kawad 21 GGK pada 21 Nov 2016.

Selepas menerima  tabik hormat, PTD memeriksa perbarisan KKU dan setelah selesai beliau bergerak ke Hangar Skuadron Perahu Khas (SPK) untuk perjumpaan  dengan warga 21 GGK serta pada masa yang sama turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 30 anggota LLP.

Dalam ucapan PTD, beliau menyatakan sepanjang melaksanakan tugas sebagai PTD, beliau amat bersyukur kerana Pemerintah-pemerintah Formasi termasuk Panglima 21 GGK kerana bersatu hati membantunya untuk menentukan segala arahan, polisi dan dasar-dasar yang dikeluarkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Saya melahirkan rasa bangga kerana komitmen dan sikap proaktif warga Green Beret dan lain-lain formasi telah membantu saya menerajui Tentera Darat (TD) dengan lebih berjaya serta penstrukturan semula GGK telah mendapat perkenan dan diluluskan oleh Tuanku Sultan,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Staf MK TD,  Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Panglima 21 GGK, Brig Jen Dato’ Effendi Hj Ab Karim, Pengarah GGK, Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin dan Timbalan Panglima 21 GGK, Kol Khairul Anuar Hj Yaacob.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya dan  Luqmanul Arif Abd Karim

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close