SemasaSukan

Piala Syed Putra Milik 2 RRD

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan mencemar duli menyaksikan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Syed Putra di antara Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) menentang 2 RRD di Stadium KEMENTAH pada 26 Nov 2016.

Kejohanan ini bertujuan untuk mengenalpasti serta memilih pemain-pemain baharu yang akan mewakili Tentera Darat (TD) dalam perlawanan bola sepak antara perkhidmatan selain ianya dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan disamping mengeratkan lagi hubungan setiakawan di dalam RRD.

Kpl Harry Risik Nanta muncul wira 2 RRD apabila berjaya menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan akhir tersebut sehingga wisel penamat ditiupkan dengan berkesudahan jaringan 1 gol berbalas 0 sekaligus Piala Syed Putra menjadi milik 2 RRD.

Penjaring Terbanyak Kejohanan dimenangi oleh Kpl Azmawi Ansau dengan jaringan enam gol dari 7 RRD Mekanize (Mek) manakala Pemain Harapan dianugerahkan kepada Rjr Thahiyanithi Munusamy dari 1 RRD manakala Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dianugerahkan kepada Kpl Izwan Othman 2 RRD dan Pemain Terbaik Kategori Pegawai dianugerahkan kepada Lt Khairul Anuar Rahman dari 7 RRD (Mek).

Turut hadir Pengerusi RRD Lt Jen Dato’ Mohd Zaki Hj Mokhtar dan Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu.

Gambar: Kapt Aminin Hafizhin Minhad dan LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close