Penstrukturan Semula Perkukuh RSD

KUALA LUMPUR: Seramai 130 pegawai dan 1030 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Semboyan Diraja (RSD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun RSD Ke-64 yang diketuai oleh Lt Kol Shafizan Amin dan disempurnakan oleh Pengerusi RSD, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Hj Ridzuan bertempat di Padang Kawad Kombat pada 15 Nov 2016.

Dalam ucapan Pengerusi RSD, perolehan radio taktikal generasi terkini, Multi-Channel Radio System serta sistem peperangan elektronik adalah antara program pembangunan yang sedang rancak berjalan membuktikan pencapaian pembangunan dan pemodenan RSD sejajar dengan keperluan semasa.

”Penstrukturan pasukan-pasukan program Empat Dimensi Angkatan Tentera Malaysia (4DMAF) iaitu pasukan-pasukan Tentera Darat yang melibatkan 33 buah pasukan Semboyan keseluruhannya bakal menyaksikan pengukuhan struktur organisasi selain penyedia sistem teknologi dan maklumat yang lebih kondusif, responsif dan efektif,” tegasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi RSD turut menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), Sijil Kepujian dan Johan Keseluruhan Sukan Piala KPS kepada pegawai dan anggota RSD yang setia berkhidmat dan berketerampilan serta berjasa kepada kor.

Turut hadir, Ketua Cawangan Peperangan Informasi, Brig Jen Basri Kasban, Pengarah Semboyan Pemerintahan Markas Medan Barat, Brig Jen Hj Zaharin Jamel dan warga Veteran RSD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga
Close
Back to top button
Close
Close