Semasa

PAT Dirai Dalam MMR

KUALA LUMPUR : Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Mohd Zain bersama isteri Puan Sri Datin Sri Dato’ Hjh Umi Kalsom Wan Awang diraikan pada Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Sempena Persaraan PAT diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang dihadiri oleh pegawai dari pelbagai Kor bertempat di Wisma Perwira TD pada 17 Nov 2016.

Majlis yang penuh istiadat ini bertujuan untuk menghargai jasa beliau secara tidak langsung dalam pembangunan TD dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 44 tahun berkhidmat di dalam ATM disamping ia merupakan salah satu aktviti rejimental bagi pegawai kanan yang bertukar keluar.

Dalam ucapan PTD kepada PAT, beliau menyatakan semangat serta darah seorang perwira negara yang mengalir dalam diri PAT perlu diserap sedalam-dalamnya ke dalam setiap individu khususnya warga ATM, agar sifat terpuji yang dimiliki beliau seharusnya dijadikan panduan untuk meneruskan legasi perjuangan pada hari akan datang.

“Pada awal tahun 2013, saya sebagai ketua staf telah terlibat secara langsung dengan beliau sepanjang operasi berlangsung, kami bersengkang mata agar segala perancangan Yang Berbahagia Tan Sri kita penuhi dan saya teliti kepimpinan beliau terserlah sehingga tindakan atau intervention beliau pamerkan telah mampu menyelamat maruah negara,” tegasnya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat (PMB), Lt Jen Dato’ Sri ZulKiple Hj Kassim dan Panglima Pemerintahan Medan Timur (PMT), Lt Jen Dato’ Mohd Zaki Hj Mokhtar.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya dan En Mohd Rizal Ghazali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close