HUTSemasa

MMR Perkukuh Hubungan Pegawai KRD

KUALA LUMPUR:  “Proses peralihan kepimpinan KRD telah bermula dan kepimpinan tertinggi yang ada pada ketika ini telah dan sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk organisasi yang kami sayangi, namun hakikatnya tugas ini tidak akan selesai dan perlu diserah dan disambung oleh generasi pelapis yang ada pada masa kini,” kata Pengerusi Kor Risik Diraja (KRD), Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin semasa ucapan dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai KRD bertempat di hotel terkemuka pada 11 Nov 2016.

Selain itu Pengerusi KRD berkata setiap kepimpinan dituntut dari setiap pemimpin dalam apa jua organisasi adalah berbentuk universal, namun berhubung beberapa kualiti kepimpinan yang perlu ada pada sesorang yang menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi perisikan adalah pengetahuan serta ketaatsetiaan.

Turut hadir Timbalan KPPP, Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaluddin Ismail, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, Ketua Unit Task Force Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman, Ketua Unit Khas Pejabat Peguam Negara, Mej Jen Ghazali Hj Ismail, Inspektor Jeneral BSPP, Brig Jen Dato’ Norhuda Ahmad dan Pengarah KRD, Kol Mahmud Ahmad.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali dan Sjn Saiful Fazley Rusli

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close