Bersama PemimpinSemasa

Eks Semangat Bersatu Platform Perangi Keganasan Serantau

JOHOR: Seramai 15 pegawai dan 379 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Singapura (TDS) terlibat dalam Perbarisan Penutup Eksesais Semangat Bersatu Siri 22/2016 diketuai oleh  Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), Lt Kol Shamsuri Hj Noordin bertempat di 5 RAMD pada 13 Nov 2016.

Acara penutup eksesais disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bersama Chief of Staff General Staff TDS, Brig Jen Desmond Tan Kok Ming.

Dalam ucapan penutup Brig Jen Desmond Tan Kok Ming, beliau menyatakan bahawa eksesais ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai platform latihan bersama di antara dua negara dalam menangani isu keganasan serantau yang sekarang ini membelenggu Asia Tenggara.

“Saya harap eksesais ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan di Singapura dan saya mewakili pihak TDS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TDM di atas segala bantuan serta khidmat dalam memastikan segala perancangan eksesais ini berjalan lancar,” ujar beliau.

Turut hadir ialah Panglima 3 Div, Mej Jen Dato Hasagaya Abdullah, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman, Commander of 6th Division, Brig Jen Chua Boon Keat dan Defence Advisor Singapura, Col Desmond Chong Seow Aik.

Gambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close