SemasaTrup TD

Eks Gerak Pantas Pamer Kecekapan 10 Bgd Para

SABAH: Seramai 200 anggota dari Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD (Para)) terlibat dalam serangan akhir bersempena Eksesais (Eks) Gerak Pantas yang mana turut disaksikan oleh Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim di Kota Belud pada 30 Nov 2016.

Objektif eks adalah untuk menilai serta mengukur kemampuan Force Projection Briged Kesepuluh Infantri Malaysia Para (10 Bgd Para) sebagai Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) untuk diaturgerak ke Malaysia Timur dalam mendokong perancangan Army 2 10 Plus 10 disamping meningkatkan kemahiran anggota 10 Bgd Para dalam mencapai sasaran Force Projection kepada Malaysia Timur.

Terdahulu dari itu, eks ini telah berlangsung selama lima hari sejak 26 Nov 2016 melaksanakan latihan Operasi Penyusupan Malam oleh Penerjun dari Kompeni Pandura,  penandaan Zon Gugur, penerjunan statik, guguran udara dan Casualty Evacuation (CASEVAC).

Turut hadir, Pegawai Staf 1 Latih MK 10 Bgd Para, Lt Kol Azman Md Zin, Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Lt Kol Md Zaini Osman, Pegawai Memerintah 8 RRD (Para), Lt Kol Akasah Mastar dan Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para), Lt Kol Hizamuddin Haris.

Gambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close